Isnin, 4 April 2011

Bina Keyakinan Diri (part 2)


KENANGKAN KEJAYAAN LAMPAU...

Pernahkah anda mencapai kejayaan sebelum ini? tidak kira apa sahaja kejayaan
yang signifikan kepada anda, samaada pertandingan membaca Al-Quran ketika kecil
atau perlawanan bowling antara rakan-rakan, ataumendapat anugerah apa saja pun,
kenangkan kembali bahawa anda pernah mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara
dan pastinya anda boleh mencapai dalam perkara yang lain juga.
Sekiranya anda belum bingkaikan sijil-sijil pencapaian anda, saya syorkan anda
lakukan sekarang dan penuhkan dinding bilik atau pejabat anda.
sijil-sijil tersebut akan beri peringatan kepada diri sendiri bahawa kejayaan pernah
dicapai dan boleh dicapai lagi.
Jadikan periasiwa kejayaan anda sebelum ini sebagai picu untuk menaikkan
semangat. kenangkannya dan rasai 'perasaan' yang anda miliki ketika mencapai kejayaan
tersebut. Perasaan tersebut akan memanjatkan lagi semangat dan keyakinan diri kita
untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa....

Sabtu, 2 April 2011

Bina Keyakinan Diri

BERI PELUANG PADA DIRI SENDIRI UNTUK
BERSABAR...

Bersabar! Kejayaan jarang sekali datangdalam waktu yang pantas.
Sering kali sesuatu kegagalan akan memutuskan semangat kita.
Apa saja kegagalan bagaikan satu petanda bahawa kita akan gagal selama-lamanya.
       Ketahuilah bahawa ia adalah tidak benar. Sering kali kisah
kejayaan bermula dengan kisah kegagalan. Bila gagal, mungkin kita tidak dapat apa yang kita hajati, tetapi sering kali kita akan dapat ilmu yang baru-kenapa ia gagal. Pelajari dari kegagalan oleh
kerana ia merupakan guru yang paling baik-guru yang pasti kita ingat!
      Beri peluang pada diri kita untuk bersabar dan melihat dari sudut sesuatu kegagalan itu terjadi. jangan abaikan kegagalan kerana banyak ilmu yang dapat diajar oleh guru ini. Kesabaran
diperlukan supaya minda kita sentiasa dalam keadaan teratur
dan sedar akan kesiapan yang telah kita lakukan hingga mengakibatkan kegagalan. Bersabar juga dalam
membuka diri kita menerima kekurangan dalam diri yang mengakibatkan kegagalan.
Tambahkan kesabaran dan buangkan ego dalam diri sendiri supayailmu yang kita pelajari dari kegagalan
akan meyakinkan diri kita untuk mencapai kejayaan akan datang.

Yakinlah pada diri sendiri! kerana bila yakin sudah menguasai kita, semua yang kita lakukan akan
jadi sempurna.
See ya....

Tension Sungguh-sungguh!

TENSION!!!....
Blog lama aku kena block!. Memang menguji tahap kesabaran aku!.
Dah la seminggu dua ni aku pun dok tension fikir bermacam--macam
masalah yang dok mai, ni nak suffering internet pun buat hal!.
mana lagi coverage dok kejap ada, kejap tiada( macam biskut cipsmore
la pulak). Hujan pulak melanda bumi, leeebatttttt!!! selebat-lebatnya.
tapi tak apa, semua itu hanyalah dugaan dariNya untuk menyedarkan umatNya dari kelalaian yang dicipta.
Aku!,
Macam biasa la! kadang-kadang ok, kadang-kadang hangin satu badan.
maklumla, dia pun ikut macam cuaca jugak. lagi satu! minah sorang tu, yang dok tunggu tarikh 
keramatnya(kawin la) la ni perangai tak di jangka. Macam datang bulan pulak!.
yang sorang lagi, ada problem jugak! sakit kerana bekas pembedahan dahulu. kesihan
aku tengok.
Aku doakan semoga cepat sembuh...
Oklah, ini catatan pertama aku di Blog baru aku ni. harap ada la orang dok baca nanti!
dan jangan lupa tinggalkan komen ya!.
bubye....