Sabtu, 2 April 2011

Bina Keyakinan Diri

BERI PELUANG PADA DIRI SENDIRI UNTUK
BERSABAR...

Bersabar! Kejayaan jarang sekali datangdalam waktu yang pantas.
Sering kali sesuatu kegagalan akan memutuskan semangat kita.
Apa saja kegagalan bagaikan satu petanda bahawa kita akan gagal selama-lamanya.
       Ketahuilah bahawa ia adalah tidak benar. Sering kali kisah
kejayaan bermula dengan kisah kegagalan. Bila gagal, mungkin kita tidak dapat apa yang kita hajati, tetapi sering kali kita akan dapat ilmu yang baru-kenapa ia gagal. Pelajari dari kegagalan oleh
kerana ia merupakan guru yang paling baik-guru yang pasti kita ingat!
      Beri peluang pada diri kita untuk bersabar dan melihat dari sudut sesuatu kegagalan itu terjadi. jangan abaikan kegagalan kerana banyak ilmu yang dapat diajar oleh guru ini. Kesabaran
diperlukan supaya minda kita sentiasa dalam keadaan teratur
dan sedar akan kesiapan yang telah kita lakukan hingga mengakibatkan kegagalan. Bersabar juga dalam
membuka diri kita menerima kekurangan dalam diri yang mengakibatkan kegagalan.
Tambahkan kesabaran dan buangkan ego dalam diri sendiri supayailmu yang kita pelajari dari kegagalan
akan meyakinkan diri kita untuk mencapai kejayaan akan datang.

Yakinlah pada diri sendiri! kerana bila yakin sudah menguasai kita, semua yang kita lakukan akan
jadi sempurna.
See ya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan