Selasa, 5 April 2011
Isu Alkitab: Belum ada penyelesaian muktamad,
KUALA LUMPUR, 4 April — Formula penyelesaian 10 perkara yang diumumkan Putrajaya kelmarin dalam usaha meredakan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Kristian berhubung isu Alkitab masih belum muktamad, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.Sehubungan itu kata Menteri Dalam Negeri, perbincangan berkenaan isu itu masih berjalan.“Kami masih di pertengahan perbincangan. Belum muktamad lagi,” kata Hishammuddin (gambar) kepada The Malaysian Insider di sini pagi ini.Naib Presiden Umno ini Perkara utama ialah kita kena bergerak ke depan menggunakan cara yang munasabah, yang tidak bersifat polemik,” katanya.Hishammuddin juga enggan mengulas cabaran Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar Putrajaya menggugurkan enakmen Islam berkaitan dengan larangan bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” ekoran formula penyelesaian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, kelmarin.Dalam kenyataan dikeluarkan kelmarin, Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula untuk mencari penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimport ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Jala.Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islalam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebutJala berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”Bagaimanapun dalam komen kepada The Malaysian Insider yang disiarkan pagi ini, Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.Hishammuddin berkata, tidak guna membuat spekulasi mengenai apa yang akan berlaku kemudian, sebaliknya mahu fokus diberikan ke atas perbincangan yang sedang diadakan.“Biar perbincangan membawa hasil. Biar (kita) lihat hasilan akhir dan kemudian kita bergerak dari sana,” katanya lagi.Rasa tidak puas hati juga dilahirkan oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) hari ini, yang menyifatkan langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sebagai keputusan “mengalah” kepada desakan-desakan dibuat oleh kumpulan masyarakat Kristian dan mahu ia dikaji semula.Pembela yang dianggotai 19 badan bukan kerajaan (NGO) juga menegaskan langkah terbaru Putrajaya itu akan menyebabkan desakan sama berulang kembali yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.“Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu ini sejak ia mula dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan Kristian, ‘Formula Idris Jala’ ini jelas merupakan satu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini,” kata jurucakap Pembela Dr Yusri Mohamad.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan