Selasa, 5 April 2011
Bina keyakinan Diri (finale)
GEMBIRA DENGAN APA YANG HENDAK DILAKUKAN
Cara menyebut tentang pentingnya merasai "perasaan" kejayaan.
Perasaan akan mempengaruhi minda kita, dan minda kita pula akan
mempengaruhi tingkah laku kita. Bina keyakinan diri sendiri
dengan memenuhi minda kita dengan perasaan gemgira.
Perasaan gembira akan menghilangkan segala perasaan negatif
dalam diri sendiri.Cuba anda ingatkan kembali apabila anda berada
dalam keadaan gembira, adakah anda fikirkan pekara-pekara yang
negatif, seperti hutang yang belum langsai, kerja yang belum
siap atau tanggungjawab yang belum dilaksanakan?
Untuk membina keyakinan diri kita, lakukan sesuatu yang
menggembirakan. Ini bergantung kepada individu apa yang
menggembirakan anda? Mungkin keluar bersama keluarga, pergi
menonton wayang atau membeli-belah. Apa sahaja yang menggembirakan
kita akan memberi kesan-kesan positif kepada diri sendiri dan dapat
membina keyakinan diri kita. Apabila hati gembira, keputusan
yang kita akan dapat pasti akan menggembirakan juga!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan