Isnin, 4 April 2011
Bina Keyakinan Diri (part 2)
KENANGKAN KEJAYAAN LAMPAU...
Pernahkah anda mencapai kejayaan sebelum ini? tidak kira apa sahaja kejayaan
yang signifikan kepada anda, samaada pertandingan membaca Al-Quran ketika kecil
atau perlawanan bowling antara rakan-rakan, ataumendapat anugerah apa saja pun,
kenangkan kembali bahawa anda pernah mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara
dan pastinya anda boleh mencapai dalam perkara yang lain juga.
Sekiranya anda belum bingkaikan sijil-sijil pencapaian anda, saya syorkan anda
lakukan sekarang dan penuhkan dinding bilik atau pejabat anda.
sijil-sijil tersebut akan beri peringatan kepada diri sendiri bahawa kejayaan pernah
dicapai dan boleh dicapai lagi.
Jadikan periasiwa kejayaan anda sebelum ini sebagai picu untuk menaikkan
semangat. kenangkannya dan rasai 'perasaan' yang anda miliki ketika mencapai kejayaan
tersebut. Perasaan tersebut akan memanjatkan lagi semangat dan keyakinan diri kita
untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan